Monday, May 18, 2009

Marxisme vs Anuarisme

Marxisme VS Anuarisme

Maruah , Revolusi dan Cita-Cita Rakyat Malaysia

Karl Marx, Lenin, Stalin, Mao Tse Tung merupakan antara pemimpin ulung yang diangkat martabatnya sebagai negarawan yang membawa banyak pembaharuan dan kemajuan dalam kehidupan masyarakatnya.

Sekiranya kenyataan di atas diterima dengan bukti dan asas perjuangan yang benar, maka kelibat seorang negarawan yang berpaksi kepada ideology pemimpin di atas sedang membina karier dan pengaruhnya di Malaysia.

Populariti dan ideologi "Anuarisme" ini dilihat banyak mempunyai persamaan sekiranya dilihat dari sudut gerakan dan modus operandi untuk memenangi hati rakyat jelata.

Masyarakat pada masa ini yang berilmu senantiasa mencari kebenaran kepada sesuatu permasalahan. Langkah ini sama sekali memberikan laluan mudah kepada pembentukan Anuarisme dalam merencanakan jilid-jilid kebenaran dalam pencarian mereka.

Hal ini kerana, segala usaha untuk mempopularkan Anuarisme mempunyai satu syarat utama iaitu tidak boleh sama sekali menafikan segala yang datang dari individu ini

Keraguan ini pastinya meleset jika membandingkan ketulenannya kerana hanya Karl Marx sahaja yang dapat membayangkannya definisi dan haluan sebenar Anuarisme ini.

Sememangnya formula kehidupan yang diasaskan oleh seorang Yahudi ini merupakan hasrat sebenar dalam gambaran mewujudkan sebuah negara yang adil dan saksama antara kaum yang pelbagai di Malaysia.

Rakyat jelata seharusnya menjadikan peluang ini sebagai satu landasan untuk membina syurga idaman di Malaysia tanpa melihat kepelbagaian yang ada sebagai satu halangan besar bagi mencapai hasrat murni ini.

Sejarah telah membuktikan bahawa ideologi Marxisme ini menjadi antara yang popular dalam mewujudkan istilah yang digunapakai kerajaan pemerintah di dunia seperti Demokrasi, Republik Demokrasi, Sosialis, Komunis, Monarki dan Anarki.

Namun kehendak dan aspirasi rakyat Malaysia masa kini sejajar dengan gelombang yang dibawa oleh Anuarisme. Kenyataan ini sama sekali tidak dapat dinafikan. Anuarisme membawa kehidupan baru rakyat Malaysia.

Keadilan dan Ketuanan Malaysia ini bukan milik individu, masyarakat atau sesebuah parti politik sahaja, bahkan yang paling penting kehidupan bersama dalam merasai kemanisan hidup di tanah milik semua ini adalah hak semua.

Orang Melayu, Cina dan India dan kaum-kaum lain di Malaysia perlu akur dengan kehendak dan keperluan ini untuk mewujudkan sebuah negara yang adil dan saksama.

Negara ini bukan milik Melayu, Cina, India dan kaum-kaum yang lain tetapi milik semua.

Jika, Anuarisme = Marxisme, Komunisme, Sekularisme, Yahudisme +++++

Maka, Anuarisme = KEADILANisme + DAPisme + PASisme

Kesimpulan, Karl Marx = Anuar Ibrahim + Lim Kit Siang + Abdul Hadi + Karpal Singh

Formula Pakatan Rakyat untuk wujud Negara Malaysia Tercinta