Secara Amnya, Islam yang lahir di Malaysia adalah dari rahmat ALLAH S.W.T. Maha suci bagi Mu Ya ALLAH yang telah mengurniakan rahmat ISLAM di bumi Melayu ini. Amat bertuah dan beruntunglah pada mereka yang mendapat petunjuk dari ALLAH S.W.T.
Rasulullah s.a.w sememangnya berasa gembira dengan perkabaran ini. Malaysia sebuah negara Islam. Namun, masih ramai yang tidak jelas pengertian pada makna yang sebenar aplikasi Islam di Malaysia masa kini. Islam dari pelbagai perspektif dirungkai untuk mengaitkannya dengan segala pekerjaan dalam kehidupan seharian.
Maka, menjerumuskan Islam dalam bidang politik pada masa ini jelas berbeza. “Agama Di Politikkan”. Sememangnya Politik dan Agama tidak dapat dipisahkan. Namun, jelaskah Parti Islam Se-Malaysia (PAS) kini menjelmakan kemurniaan dan syiar Agama Islam di Malaysia. Pada PRINSIPnya, jelas berpaksikan kebenaran namun dari sudut politik ianya jelas mendukung kebatilan. Apa pula lebihnya UMNO?
Sememangnya orang yang beriman itu merupakan orang yang benar. Namun meletakkan kebenaran pada kaca mata sendiri jelas mentafsirkan kejahilan. Negara ini sememangnya sudah di Islamkan. Namun, cahaya Keislaman itu jelas dipesongkan oleh musuh Islam sendiri.Siapa musuh kita???
“Tatkala musuh sedang merosakkan tiang yang sudah berdiri, ambil musuh lain untuk menengakkan tiang yang satu lagi.” Perlukah Islam itu berdiri dengan maruah yang tergadai? Perlukah kau melutut dan meminta-minta??
Umno atau Pas sememangnya buta hati. Kami melihat kau memperjudikan Agama dan KeEsaan ALLAH S.W.T. Bilakala matahari sudah tiada menyinar maka jawablah kamu berdua di depan yang Maha Esa. Kau perjudikan sujud kami kepada Allah. Bukankah kau yang memerintah kami semuanya, mengapa tak kau satukan kami ini dengan tali Allah yang satu. Siapa syurga, Siapa Neraka?
Kau tidak kenal musuh atau segaja membela musuh?“Perjudikan keEgoanmu berdua dan tunjukkan kepada yang Esa bahawa Aku, saudaraku, masyarakatku, partiku, pemimpinku, dan negaraku adalah golongan ahli syurga.”(PAS dan UMNO).
Bermusuh-musuhan dan pecah-belahkan kehidupan masyarakat Islam di Malaysia ini. Tatkala dikau disanjung dengan kemuliaan, kemurkaan Allah pasti satu hari akan menjelma. Islam yang kau bina akhirnya kau binasakan dengan manusia yang sama syahadahnya. Tatkala kubur mujahid Islam harum kerana menegakkan syiar Islam; Kubur kita bagaimana? Sekadar renungan. WallahuA’lam.