Tuesday, June 2, 2009

Anuarisme Vs Melayuisme

Anuarisme adalah ideologi yang di bawa oleh Anuar Ibrahim (de jure) manakala Melayuisme adalah (de facto) pemikiran orang Melayu sejak azali lagi hinggalah sekarang.

Pusingan yang berlaku sebenarnya menuntut kepada perubahan bangsa Melayu namun kedegilan orang Melayu sebagai akibat diri mereka sendiri. Muktamat. Bangsa kami unik.

Sesiapa yang pun telah menjadi pemerintah orang Melayu. Portugis, Belanda, British dan Jepun malah yang paling hampir Kerajaan Siam dan China pun dalam masa dulu membuat pengakuan yang sama.

Bukannya orang Melayu tidak menentang, namun kekuatan itu berlaku di sesetengah tempat dan situasi dan faktor yang berbeza sahaja. Sehinggalah mereka bersatu. Merdeka.

Kesimpulannya, sesiapa mampu untuk menawan hati orang Melayu maka bolehlah dijadikan sebagai pemerintah. Asalkan tidak membuatkan orang Melayu rasa tersisih dan terguris hati, jalankanlah pemerintahan kalian. Mereka tidak akan menentang kalian semua. Tidak kira Umno, Pas, Keadilan, dan apa sahaja parti yang mungkin akan muncul.

Kebaikan ini terserlah kerana bukan sahaja Cina dan India, malahan bangsa pendatang lain lagi dijamukan hidangan yang lazat-lazat. Ternyata orang Melayu sememangnya mulia di dunia ini. Tapi kemuliaan bangsa ini ada batasannya. Ingat air yang dicincang tidak akan putus. Jangan lagakan orang Melayu untuk dapatkan hak-hak mereka.

Bukankah bola itu bulat. Pada hari ini Melayu berpecah, tapi ingat mereka pernah bersatu. Kita bukan tidak tahu musuh kita yang sebenar. Kita tahu, tapi selagi mana ianya memberikan kebaikan maka janganlah kalian takut dengan kami.

Kami relakan laut menjadi darah sekiranya perkara itu laluan untuk menuntuk hak kami. Jangan jadikan "de jure" ini laluan yang membutakan mata untuk merongkah segalanya. Raja itu lambang Islam. Islam lambang Ketuhanan Maha Esa. Raja+Melayu= Islam (hak-hak mereka).

“Kalaupun nak jadikan negara Islam jadikanlah. Generasi Melayu menuntutnya. Tapi jangan sampai Islam ke mana hak Melayu ke mana. Ini amanah buat pemimpin”.

Jangan angkara penjajah baru ini, Islam, Raja, Melayu dan Haknya dibatalkan dengan sesuka hati. Kami ada cara kami sendiri untuk tunjukkan jalan keluar.

Jika benar Melayu itu Islam, maka Islam dan Melayu akan bangkit semula. Fikirkanlah…. WallahuA’lam.

No comments:

Post a Comment